Serba sedikit perkongsian yang saya dapat dari Harian Metro mengenai penyakit gastrik
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my
GASTRIK selalu digunakan sebagai alasan utama untuk meninggalkan puasa. Namun, tahukah anda gastrik sebenarnya bukan penyakit tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran hulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.
Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang bagi menampung satu gelen makanan dan minuman.
Sewaktu perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang serta dalam perut jugalah makanan diproses selain disimpan sebelum dibuang melalui usus.
Pakar Perunding Surgeri Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Peh Kiam Heng, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu. Ia berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.
“Jika radang ini dibiarkan tanpa rawatan, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Sesetengah ubat, jika diambil dalam tempoh lama, juga boleh menyebabkan radang perut, khususnya ubat tahan sakit atau antiperadangan bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin, ibuprofen dan naprofen.
“Bagaimanapun, kesan ubat ini berbeza antara individu kerana bagi yang sensitif, satu pil boleh menyebabkan sakit perut, malah kemujarabannya terjejas seandainya mengambil alkohol berlebihan atau mengambil dadah (kokain) yang mengganggu proses penghasilan mukus bikarbonat, menyebabkan dinding perut terdedah pada tindakan asid hidroklorik,’ katanya.
Sumber : Harian Metro
Jika sudah terkena penyakit gastrik , dapatkan ubat gastrik segera untuk mengelakkan keadaan yang lebih teruk . Sila ke:


