Apa itu penyakit gastrik

Penyakit gastrik bukan sejenis penyakit yang menghinggapi kita sepertimana H1N1 atau selsema dan sebagainya. Tapi penyakit gastrik adalah penyakit yang kita sengaja cari, sengaja wujudkan ia di dalam diri kita dengan mengabaikan faktor-faktor pemakanan terutamanya.

Penyakit gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada 2 iaitu akut (acute) yg menyebabkan sakit yg tidak lama dan kronik yg memakan masa yg lama mungkin bertahun-tahun.

Punca penyakit gastrik adalah pelbagai, antaranya, makanan atau minuman yg menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum alcohol (arak), mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (siflis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat yg buruk (menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh).

Bagi kes penyakit gastrik yg biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) seringkali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser, ubat gastrik lebih kuat mungkin diperlukan antara yg popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori).

sumber: Hospital Bentong

Jika anda mengalami penyakit gastrik, dapatkan segera penawar gastrik yang sepatutnya untuk mengelakkan keadaan yang lebih teruk

Related posts

This entry was posted in penyakit gastrik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>